Friday, January 14, 2011

Resipi Kek batik Sarawak.


Teringin pula nak makan kek batik!!! Ha! Ini dia resepinya. Jadilah 'follower' saya supaya anda sentiasa mendapat resepi baru dari saya. Saya akan mensajikan anda dengan pelbagai resepi samada kek, coktail, pencuci mulut, minuman jus dan masakan selain dari ikan terubuk.

Bahan-Bahan:

1. 2 bungkus Biskut Marie (samada jenama Tiger atau yang lain, Bukan perisa koko atau milo.)
2. 100g planta
3. 650g Milo
4. 1 tin kecil susu pekat manis
5. 25g kacang tanah yang telah digoreng dan di tumbuk halus (bagi yang tidak boleh memakan kacang, abaikan bahan ini.)


Cara membuatnya:

1. Campurkan planta dan susu pekat manis di dalam mangkuk sederhana besar. Gaul sehingga sebati. Pastikan tiada ketulan planta yang tertinggal.
2. Kemudian, masukkan milo. Gaul sehingga rata. Setelah semua bahan rata, masukkan kacang yang telah di tumbuk tadi.
3. Pastikan semua bahan sebati. Setelah itu, masukkan biskut marie yang telah di patahkan dua kedalam adunan tadi. Gaul lagi sehingga semua bahan awal tadi sebati dengan biskut marie.
4. Akhir sekali, masukkan sedikit demi sedikit bahan tadi ke dalam loyang (bulat atau segitiga) dan padatkannya dengan kuat supaya semua bahan tadi padat ke dalam loyang. Balutkan dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Plastik digunakan untuk mengelak air di dalam peti sejuk daripada memasuki kek tadi. Letakkan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.

Kek tadi bolehlah dikeluarkan dan dipotong. Memotong adalah sukar kerana kek adalah keras, namun pemotongan yang baik akan memjadikan kek anda menarik. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment